Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, penyertaan parti Gerakan akan memperkukuhkan lagi Perikatan Nasional, sebagai sebuah gabungan parti-parti politik di peringkat nasional yang mewakili pelbagai kaum, agama dan wilayah di negara ini.<br />Tan Sri Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional percaya Gerakan mampu menjadi rakan komponen signifikan kepada gabungan parti itu.
